Monday 29 October 2012

heart is Hati

HATI itu sentiasa memerlukan nasihat dan teguran, meskipun seseorang itu sudahpun menjadi ilmuan. Kerana hakikat nasihat dan teguran itu diibaratkan seperti air yang akan menyuburkan tumbuh-tumbuhan atau yang akan menyegarkan tubuh badan.. Kerana tanpa air, tumbuhan akan mati kekeringan atau badan akan menjadi kelesuan...

Begitulah pentingnya nasihat dan teguran terhadap 'KESUBURAN' dan 'KESEGARAN' hati.. Apabila menerima nasihat dan teguran daripada manusia, terimalah dengan rasa syukur kepadaNya kerana masih ada yang sudi bersikap ambil peduli terhadap kita..

Jangan terlalu melihat pada siapa dan cara penyampaiannya, namun lihatlah pada isi kandungan dan teguran yang diterima.. Sesungguhnya orang yang bijak sentiasa mengambil manfaat, bukannya mencipta alasan..

No comments:

Post a Comment